tengah2 malam ni, dalam kebosanan yang mengusai diri, aku berfikir panjang. apa yang sudah aku buat selama 16 tahun hidup di dunia ni. adakah semuanya baik ? ataupun semuanya lebih kepada keburukuan ? kesunyian malam ini membuatkan aku terasa sangat jauh daripada masalah2 yang membelenggu diri ini. bukan selalu dapat waktu lapang macam ni. kosongkan fikiran. tenangkan diri. aku rasa aku perlu minta maaf kepada rakan2 aku. ya, betul. rakan2 yang banyak bersabar dengan sikapku. aku tahu, aku tak sempurna. tiada orang yang sempurna dalam dunia ni. jadi, andai ada kesilapan aku selama ini, aku harap korang semua maafkan. kepada keluarga aku, yang menjadi tiang penyokong dalam kehidupan aku ini, aku mengucapakan se-infiniti terima kasih kepada kalian kerana sanggup membantu dan mendorong aku dalam kehidupan seharian. terutamanya kepada AB. thanks bro, for everything that you have done for me. dan yang paling penting, aku minta maaf kepada kau, A. maaf kerana tidak menjadi teman yang baik. maaf kerana aku selalu tiada di situ untuk menemani kau. aku harap kau faham, yang walaupun kita berjauhan, perasaan aku terhadap kau tidak pernah berubah. dan terima kasih juga kerana banyak bersabar dengan sikapku. aku tahu, aku banyak sakitkan hati kau, buat kau marah, buat kau sedih. tapi A, aku bukan sengaja. kau faham kan ? terima kasih kerana sanggup menjadi cahaya kepada kehidupan aku. kau tak akan tinggalkan aku dalam gelap bukan ? aku harap kau akan menemani aku sampai ke syurga nanti.
AKU SAYANG KORANG SEMUA !


0 comments:
Post a Comment